aku terbaca satu page ni berkaitan hukum orang islam membela anjing mengikut syarak.. so aku pun search kt internet ttg hal-hal berkaitan hukum ni.. al-maklum la ye aku ni tak pndai sgt pasal hukum2 ni.. selepas beberapa minit membaca entri dan jawapan kepada persoalan ni maka ni la yang aku dpt simpulkan.
Menurut Mazhab Syafie orang islam boleh memelihara anjing dan hukumnya harus JIKA tujuan membela anjing tu adalah untuk:
- menjaga keselamatan rumah, diri dan keluarga jika terdedah kepada bahaya
- untuk menjaga tanaman dan ternakan
- digunakan untuk berburu dan binatang buruan hasil tangkapan anjing boleh dimakan. Firman Allah SWT Surah Al-Maa'idah ayat 4.
Selain itu juga, kajian menunjukkan terdapatnya cacing Toxocara canis yang membiak di dalam perut dan terdapat pada najis anjing (ni slh satu sbb knp anjing di kategorikan sebagai najis mughallazah). Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Jerman, Dr. Graard Pentsmar juga menyatakan tentang bahaya cacing pita pada anjing. Ini kerana sebiji telur pada cacing pita anjing boleh mengeluarkan banyak kepala cacing yang boleh menyebabkan bisul dan akan berubah menjadi cacing pita yang sempurna di dalam usus anjing. Cacing tersebut tidak boleh membiak dalam badan manusia TETAPI boleh menyebabkan BISUL dan akan menyerang hati, limpa, buah pinggang, paru-paru dan otak. (geli gelemen aku ms nulih psl cacing ni)
Kesimpulannya, orang islam HARUS dan di bolehkan membela anjing JIKA mempunyai KEPERLUAN dan TUJUAN seperti mana yang dinyatakan di atas. TETAPI klu sekadar suka-suka nk bela cm bela kucing SEMEMANGNYA islam MELARANG perbuatan tersebut.
Walaupun
kita dilarang memelihara anjing di rumah itu bukan bermakna boleh
membunuhnya sewenang-wenang atau melayannya dengan buruk. Sebab
Rasulullah s.a.w. bersabda. Andai kata anjing-anjing itu bukan umat
seperti umat umat yang lain nescaya aku perintahkan untuk dibunuh."
(riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
idora >> pernah kene kejar dgn anjing ms aku kecik2 dlu.. menggila aku lari.. huh..
![]() |
yang minah atas ni bela anjing untuk tujuan pe plak? |
No comments:
Post a Comment